Bila dah berkuasa “cobaan” akan datang melanda. Dua exco Kerajaan Negeri Perak mungkin tidak tahan dengan “cobaan” dan akhirnya ditahan reman kerana dikatakan menerima RM105,000 untuk satu projek perumahan.
Baru lima bulan memerintah pemimpin PKR dah tidak tahan menahan godaan. Belum lagi lima tahun atau lima penggal.
Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin bila mengulas mengatakan bahawa beliau sudah ingatkan exco-exconya supaya mengamalkan Kerajaan Bersih. Tapi ini bukan kerajaan bersih, Ini mem“bersih”kan “harta” kerajaan dan rakyat.
Dalam usaha mempertahankan imej kerajaan negeri pimpinannya, beliau berkata “mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah”.
Bunyi pemimpin PAS ini tak macam selalu bila memberi komen tentang pemimpin Barisan Nasional.
Jangan nanti bila mahkamah kata salah, mereka ini menuduh mahkamah berat sebelah. Yang pastinya macam kata Datuk Sri Hishamuddin Hussein PKR akan kata langkah menahan dua exco ini akan digunakan oleh parti itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
"MANA-MANA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT YANG MENYELEWENG KAMI AKAN AMBIL TINDAKAN". ITU KATA DSAI MULA-MULA MENANG DI SELANGOR DAN 4 NEGERI LAIN TEMPOHARI. SEKARANG, AMACAM ? CAKAP TAK SERUPA BIKIN ! POOOORAAHHH !!!
Begitulah sikap pemimpin pakatan rakyat yg cakap tak serupa bikin. Ada je alasan yang mereka berikan utk menidakkan kesalahan mereka. mmg benar masih diperingkat siastan ttp ia blh mengambarkan sikap atau integriti sebuah kerajaan yg bersikap suka menyalahkan org lain jika berhadapan dgn masalah yg mereka cipta.
bagi mereka PR ini Syumul..bersih dan tidak ada apa2 kesalahan langsung pd diri mereka termasuklah DSAI yg mereka anggap bersih, baik, xpernah buat salah..
Ketua Penerangan Keadilan, Tien Chua dalam kenyataan di dalam Haramkah, ada menceritakan bagaimana 2 org Exco ini di mainkan. Mmg kelakar dan tak masuk akal olahan Tien Chua ni. Mcm cerita tamil pun ada.
apa2 pun kita sebagai rakyat Malaysia hanya mampu tunggu dan lihat apa pula temberang PR selepas ini.
Salam..
Sampai bila orang kita nak diperkotakkatikkan oleh Anwar Ibrahim, PM Mat Jenin dan pakar sakit tuan tu ?