8/10/08 - 8/17/08 8/17/08 - 8/24/08 8/24/08 - 8/31/08 8/31/08 - 9/7/08 9/7/08 - 9/14/08 9/14/08 - 9/21/08 9/21/08 - 9/28/08





YANG MANA SATU

TAK HABIS LAGI CERITA 16 SEPT -- LU PIKIRLAH SENDIRI

BENAR ATAU TIDAK

ZAID IBRAHIM DIJEMPUT SERTAI PAKATAN RAKYAT

LAGU TIGA KUPANG

BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

WARTAWAN KANAN SIN CHEW DAILY DIBEBASKAN

TERESA KOK, TAN HOON CHENG DAN RPK DITAHAN BAWAH ISA

GUAN ENG LAGI

DAP MEMPERALATKAN PAS?



My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
SIAPA PERDANA MENTERI 16 SEPT?
KEMENANGAN Anwar Ibrahim disambut dengan kegembiraan oleh penyokong-penyokongnya serta para pesimpati kepada bekas timbalan Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun rata-rata kejayaannya mendapatkan majoriti yang lebih besar daripada isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihanraya ke 12 bulan Mac lepas mungkin tidak disangka.

Kini Anwar mesti mengkotakan janjinya.

Pada 16 September Pakatan Rakyat mesti membentuk kerajaan kerana 31,000 lebih pengundi yang memilihnya untuk menjadi wakil Parlimen Permatang Pauh mahukan anak jati Cerok Tok Kun ini menjadi Perdana Menteri. Kerusi yang diidam-idamkan oleh beliau sejak beliau memasuki UMNO pada tahun 1982.

Pada pilihanraya selepas itu, Anwar menawan kerusi Permatang Pauh, yang sebelumnya merupakan kubu kuat PAS.

Takdir mungkin tidak menentukan Anwar menggantikan Dr Mahathir Mohamad, tetapi kini Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak dipenjarakan pada tahun 1999, Anwar dan penyokong-penyokongnya berjuang dari dalam penjara dengan satu impian utama untuk menjadi Perdana Menteri.

Impian sama dengan impian pemimpin Al Arqam; Ashaari “Abuya” Muhammad yang sehingga kini percaya beliau akan jadi Perdana Menteri.


Walaupun Abuya kini sakit dan tidak boleh bercakap, dia dan pengikut-pengikut Al Arqam tetap percaya beliau akan menduduki kerusi Perdana Menteri.

Mimpi Anwar dan Abuya mungkin sama. Walaupun semua, kecuali pengikut-pengikut taksub mereka, tidak nampak bagaimana impian itu akan dicapai.

Cuma impian Anwar ada harapannya apabila memenangi kerusi Permatang Pauh. Apa-apa pun masa sahaja akan menentukan. Yang pasti Anwar akan menjadi ketua pembangkang dan parlimen akan lebih “gamat” dari biasa.

Impian Anwar dan Abuya masih lagi tinggal dalam mimpi. Yang pasti Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Najib Tun Razak. Impian orang lain hanya tinggal dalam mimpi.
<$BlogDateHeaderDate$>
PERMATANG PAUH : Kubu terakhir Anwar Ibrahim

Pada jam 8 pagi ini pusat-pusat mengundi di Permatang Pauh akan dibuka. Seramai lebih 55,000 pengundi akan menentukan siapakan yang akan mewakili mereka ke Parlimen.

Nasib Anwar Ibrahim, Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat akan ditentukan di peti undi.

Di antara ketiga-tiga calon Anwar paling tertekan. Bukan sahaja beliau memerlukan kemenangan tetapi soalnya mampukah beliau mempertahankan majoriti undi yang dicapai oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum lepas.

Ketika itu, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti lebih 13,000 undi.

Bagaimanapun, kali ini senario berbeza. Anwar berhadapan bukan dengan dua calon atau pun jentera Barisan Nasional.

Anwar dihantui oleh dirinya sendiri. Di samping tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau, Anwar juga dipersoalkan tentang keengganannya.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh bekas setiausaha politik beliau Ezam Mohd Noor dan bekas rakan tenisnya, S, Nalakaruppan tidak dapat dijawab secara tepat. Acapkali soalan ditujukan kepadanya tentang tiga isu ini beliau akan mengelak untuk menjawab secara terus.

Beliau juga gagal menjawab bagaimana beliau mampu membentk kerajaan pada 16 Sept ini, satu tarikh "keramat" yang dinantikan bukan sahaja ahli-ahli parti Pakatan Rakyat, tetapi juga pengundi Permatang Pauh yang mahukan anak jati daerah itu menduduki kerusi Perdana Menteri.

Jika Barisan Nasional kalah, ianya tidak menjejaskan apa-apa kerana kedudukan status-quo di Parlimen, tetapi jika Anwar gagal mempertahankan Permatang Pauh, Pakatan Rakyat akan kehilangan satu lagi kerusi.

Dan walaupun Anwar menang tetapi dengan majoriti yang menurun bermakna inilah permulaan kejatuhan Anwar dan PKR dalam senario politik tanahair.
<$BlogDateHeaderDate$>
ANWAR IBRAHIM dan saman-samannya
Kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup percaya dengan sistem mahkamah negara. Kritik dia sikit, dia akan saman. Ramai yang akan disaman olehnya.

Soalnya kenapa tiba-tiba percaya dengan mahkamah?

Sejak 1998, Anwar tidak percaya dengan mahkamah serta penguatkuasa undang-undang. Sebarang tuduhan terhadapnya adalah konspirasi oleh mahkamah dan penguatkuasa undang-undang yang tidak bebas.

Jadi kalau mahkamah tidak boleh dipercayai mengapa merujuk segala-galanya ke mahkamah. Mungkin Anwar banyak duit nak bayar peguam dan kos undang-undang.

Jika mahkamah tidak adil serta dikawal, sia-sia saman orang. Duit yang nak digunakan itu baiklah beli kot untuk angkat sumpah pada 16 September. Baru kelas sikit, tak lah macam kot yang dipakai sewaktu debat siaran langsung tempohari.