My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
GUAN ENG LAGI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghentam lagi. Kali ini sasarannya ialah UTUSAN MALAYSIA.

Dalam satu laporan, beliau kurang senang kerana surat tunjuk sebab dihantar ke akhbar theSun dan Sin Chew Daily, tetapi tidak kepada akhbar Utusan Malaysia.

Beliau mendakwa Utusan Malaysia melaporkan fitnah dan penipuan tentang laporan mengenai Dasar Ekonomi Baru dan tindakan pemimpin DAP Teresa Kok terhadap laungan azan.

Beliau juga dilaporkan berkata, Sin Chew Daily tidak salah melaporkan tentang kenyataan Dato' Ahmad Ismail, kerana UMNO sendiri telah mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu.

Nampaknya akhir-akhir ini Guan Eng semakin berani bersuara mempersoalkan tentang orang Melayu dan akhbar Melayu.

Mula-mula dia mempersoalkan tentang tindakan UMNO terhadap Ahmad Ismail kemudian meminta tindakan diambil terhadap 13 Ketua Bahagian di Pulau Pinang yang menyokong kenyataan pemimpin UMNO yang digantung itu.

Apa yang kita mahu lihat ialah pemimpin Melayu yang berani ke hadapan mempertahankan hak UTUSAN MALAYSIA dan orang Melayu. Harap-harap yang ke hadapan dan mempertahankan itu tidak menghadapi nasib serupa dengan Ahmad.
1 Comments:

Memang mereka-mereka ini tak senang dengan orang melayu,perkataan melayu umpamanya tanah melayu dan lain lain yang mempunyai hubung kait dengan melayu.Ini bermakna orang melayu harus sedar bahawa melayu tak kan hilang di negara kita ini.

September 18, 2008 at 9:17 PM  

Post a Comment

<< Home