My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
RAMADHAN, MERCUN DAN MELAYU
Seperti yang dijangkakan.

Setiap kali bulan Ramadhan, terjadilah “kecederaan” akibat mercun, baik buat sendiri atau yang dibeli secara haram. Yang menghairankan ialah kejadian sebegini tidak berlaku pada masa perayaan Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan lain-lain lagi.

Ianya hanya terjadi apabila orang Melayu menyambut perayaan.

Di Kuala Terengganu dua kanak-kanak berumur lapan tahun dan 10 tahun terpaksa dirawat kerana kecederaan apabila bermain mercun dalam dua kejadian berasingan.

Soalnya mengapa orang Melayu amat berminat dengan mercun?

Mercun bukanlah sebahagian daripada budaya Melayu. Mengikut sejarahnya, mercun adalah sebahagian daripada budaya orang-orang Cina. Ia dikatakan dicipta oleh seorang sami bernama Li Tian dari Hunan.

Bagi menghormati Li Tian, orang-orang China pada zaman Dinasti Song akan membakar bunga api dan mercun sebagai persembahan kepada Li Tian, malah sebuah tokong telah dibina bagi memperingatinya.

Masyarakat Cina juga percaya bahawa mercun akan menghalau roh-roh jahat yang takut kepada bunyi-bunyi yang kuat.

Apa yang menyedihkan ialah keghairahan masyarakat Islam, dari kanak-kanak sehingga orang dewasa, bermain mercun dan bunga api dalam bulan yang mulia ini. Ia sebenarnya bertentangan dengan semangat RAMADHAN itu sendiri.

Pelbagai amaran telah dikeluarkan tetapi nampaknya segala nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi.
0 Comments:

Post a Comment

<< Home