My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
PERMATANG PAUH : Kubu terakhir Anwar Ibrahim

Pada jam 8 pagi ini pusat-pusat mengundi di Permatang Pauh akan dibuka. Seramai lebih 55,000 pengundi akan menentukan siapakan yang akan mewakili mereka ke Parlimen.

Nasib Anwar Ibrahim, Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat akan ditentukan di peti undi.

Di antara ketiga-tiga calon Anwar paling tertekan. Bukan sahaja beliau memerlukan kemenangan tetapi soalnya mampukah beliau mempertahankan majoriti undi yang dicapai oleh isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum lepas.

Ketika itu, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti lebih 13,000 undi.

Bagaimanapun, kali ini senario berbeza. Anwar berhadapan bukan dengan dua calon atau pun jentera Barisan Nasional.

Anwar dihantui oleh dirinya sendiri. Di samping tuduhan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau, Anwar juga dipersoalkan tentang keengganannya.

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh bekas setiausaha politik beliau Ezam Mohd Noor dan bekas rakan tenisnya, S, Nalakaruppan tidak dapat dijawab secara tepat. Acapkali soalan ditujukan kepadanya tentang tiga isu ini beliau akan mengelak untuk menjawab secara terus.

Beliau juga gagal menjawab bagaimana beliau mampu membentk kerajaan pada 16 Sept ini, satu tarikh "keramat" yang dinantikan bukan sahaja ahli-ahli parti Pakatan Rakyat, tetapi juga pengundi Permatang Pauh yang mahukan anak jati daerah itu menduduki kerusi Perdana Menteri.

Jika Barisan Nasional kalah, ianya tidak menjejaskan apa-apa kerana kedudukan status-quo di Parlimen, tetapi jika Anwar gagal mempertahankan Permatang Pauh, Pakatan Rakyat akan kehilangan satu lagi kerusi.

Dan walaupun Anwar menang tetapi dengan majoriti yang menurun bermakna inilah permulaan kejatuhan Anwar dan PKR dalam senario politik tanahair.
1 Comments:

"Ini adalah angkara Imam Ramlang Porigi...yang pi dok mengadap si Saiful masa sumpah laknat tu buat hapa ? Kalau hang dah tak setuju blah sajalah. Ada ka patut satu Imam boleh patuh dan takut dengan arahan Ketuanya daripada patuh dan takut kepada Allah SWT ?. Hang tu budak Permatang Pauh. Kang ku tenet (stor kunyit) kang !". Inilah antara kata-kata hikmat DSAI kalau kalah di Permatang Pauh malam ni.

August 25, 2008 at 6:32 PM  

Post a Comment

<< Home