
Bila beberapa ahli UMNO disiasat oleh BPR, ia menampakkan betapa pemimpin UMNO serius untuk menghapuskan politik wang dalam parti.
Hari Rabu lepas naib Ketua Bahagian Seremban dihadapkan ke mahkamah kerana memberi suapan untuk mendapatkan pencalonan. Pada hari yang sama ketua pemuda cawangan Lenggok Golf bahagian Kelana Jaya mengaku bersalah memberikan keterangan palsu kepada BPR.
Siasatan terperinci terhadap ahli-ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan bagi menghapuskan politik wang memang satu "niat yang murni". Ia menunjukan komitmen pemimpin tertinggi UMNO untuk membersihkan UMNO dari budaya korupsi.
Bagaimanapun tangkapan dan hukuman yang dikenakan menunjukkan seolah-olah hanya UMNO sahaja yang terlibat dalam politik wang. Bagaimana dengan parti-parti komponen lain.
Adakah parti-parti komponen lain 100 peratus bersih. Jika tidak mengapa UMNO sahaja yang menjadi sasaran? Sudah sampai masanya BPR juga menyiasat MCA, Gerakan dan lain-lain parti politik.
BPR juga harus siasat bagaimana Pakatan Rakyat mahu pastikan ahli parlimen melompat dari Barisan Nasional. Mungkinkah ada "ganjaran" yang dijanjikan, dan bukankah ganjaran ini juga berbentuk korupsi dan politik wang???