My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA
Akhirnya terbukti, 16 Sept datang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal memenuhi janjinya. Hari ini, Barisan Nasional masih jadi kerajaan.

Selama enam bulan kita mendengar amaran-amaran retorik yang pada hari ini Pakatan Rakyat akan memerintah dan beberapa ahli Parlimen Barisan akan "melompat" bagi membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun hari yang dijanjikan itu tidak menukar kerajaan.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri, dan Anwar "wira" yang kononnya akan dinobatkan menggantikan beliau, masih lagi ketua pembangkang.

Tanda-tanda lompatan tidak nampak, tetapi PKR terus mengulangi hikayat putar-alamnya, pemerintahan negara akan berubah. Kini, kononnya bagi melaksanakan perpindahan kuasa secara lancar, Anwar mahu berbincang dengan Abdullah.

Bercakap kepada khalayak di perhimpunan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang itu, beliau berkata sudah ada ahli Parlimen Barisan yang akan menyertainya. Beliau terus berjanji seperti lagu "Janji Manismu".

Rakyat kebingungan, penyokong-penyokong Anwar terus terbuai dengan omong-omong kosong. Yakin kepada janji bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.
2 Comments:

Tanya kat Nuar Luncai tu, nak berapa ribu labu lagi untuk isi kelentong dia ? Meh sini aku bagi tempayan pulak ! Kesian dia kan ???

September 15, 2008 at 4:49 PM  

Bila Pakatan Rakyat memerintah, si hantu ni akan diletakkan dalam botol. Baru padan muka kau!

September 16, 2008 at 2:27 PM  

Post a Comment

<< Home