My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
16 SEPT TUNDA KE 20 SEPT

Khabarnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah memilih 20 Sept 2008 sebagai tarikh keramat yang baru untuk "membentuk kerajaannya".

Tarikh itu dipilih kerana 10 tahun lepas pada tarikh berkenaan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana "membahayakan" negara. Jelas Anwar memilih tarikh ini kerana sebab-sebab peribadi, bukan ada pentingnya kepada sejarah Negara ataupun Bangsa.

Penundaan itu jelas menunjukkan beliau gagal menunaikan janjinya. Kesimpulan ini harus dilihat secara rasional. Bolehkah kita percaya kepada janji-janji manis ini -- menurunkan harga bahan bakar, kos penghidupan dan kebebasan bersuara.

Semua tahu ketika beliau menjadi Putera Mahkota dan bakal perdana menteri, Anwar bukan sahaja mengawal media dan kebebasan bersuara. Bukan sahaja pembangkang tidak mendapat tempat di ruang media utama malah ahli dan pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan beliau disenaraihitamkan.

Tanya Tan Sri Sanusi Junid, tanya Rahim Thamby Chik, tanya Tan Sri Muhamad Taib, semuanya "merasa" penangan Anwar.

Di samping itu, beliau juga "mengawal" khazanah negara. Kroninya kaya-raya. Ini adalah "open secret" yang diketahui ramai. Semoga semua celik mata dan membuat pilihan yang tepat termasuk mana-mana ahli politik yang berkira-kira untuk "melompat".
1 Comments:

Kalau anwar jadi PM 16 sep aku nak kerat bhutoh aku 16 ketul nak bagi kat babi makan.

September 15, 2008 at 6:50 AM  

Post a Comment

<< Home