My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
MENGHUKUM KEBENARAN
Walaupun UMNO sudah menghukum Dato' Ahmad Ismail kerana kenyataannya yang "berbaur perkauman" namun masih ada yang tidak puas hati.

The Star melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Ahmad sepatutnya "dibuang" daripada parti bukan setakat digantung keahliannya.

Katanya kenyataan Ahmad itu membuat orang-orang Cina merasakan mereka ditolak (rejected).

Guan Eng juga berkata, tindakan seharusnya diambil terhadap UMNO Pulau Pinang dan semua pemimpin UMNO Negeri yang menyokong Ahmad dalam isu berkenaan.

Jika Ahmad "menyinggung" perasaan orang-orang Cina, Guan Eng dan partinya sejak dahulu lagi sering menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Anak kepada Lim Kit Siang itu serta partinya, DAP, juga patut disingkirkan dari politik Malaysia kerana mempersoalkan hak orang Melayu, malah sering mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO bukanlah satu keputusan yang mudah. Difahamkan terdapat ahli-ahli MT yang berpendapat hukuman penggantungan Ahmad tidak perlu diambil.

Bagaimanapun sebagai sebuah parti berjiwa besar yang meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan lain, UMNO menghukum seorang salah seorang daripada pemimpinnya sendiri.

Guan Eng sememangnya tidak berhak mencadangkan tindakan diambil terhadap pemimpin UMNO Negeri yang menyokong Ahmad. Guan Eng bukan ahli UMNO dan partinya juga bukan komponen Barisan Nasional.

Beliau hanya menangguk di air keroh, tindakan yang sinonim dengan peribadi DAP itu sendiri.
0 Comments:

Post a Comment

<< Home