
KEMENANGAN Anwar Ibrahim disambut dengan kegembiraan oleh penyokong-penyokongnya serta para pesimpati kepada bekas timbalan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun rata-rata kejayaannya mendapatkan majoriti yang lebih besar daripada isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pilihanraya ke 12 bulan Mac lepas mungkin tidak disangka.
Kini Anwar mesti mengkotakan janjinya.
Pada 16 September Pakatan Rakyat mesti membentuk kerajaan kerana 31,000 lebih pengundi yang memilihnya untuk menjadi wakil Parlimen Permatang Pauh mahukan anak jati Cerok Tok Kun ini menjadi Perdana Menteri. Kerusi yang diidam-idamkan oleh beliau sejak beliau memasuki UMNO pada tahun 1982.
Pada pilihanraya selepas itu, Anwar menawan kerusi Permatang Pauh, yang sebelumnya merupakan kubu kuat PAS.
Takdir mungkin tidak menentukan Anwar menggantikan Dr Mahathir Mohamad, tetapi kini Anwar bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.
Sejak dipenjarakan pada tahun 1999, Anwar dan penyokong-penyokongnya berjuang dari dalam penjara dengan satu impian utama untuk menjadi Perdana Menteri.
Impian sama dengan impian pemimpin Al Arqam; Ashaari “Abuya” Muhammad yang sehingga kini percaya beliau akan jadi Perdana Menteri.

Walaupun Abuya kini sakit dan tidak boleh bercakap, dia dan pengikut-pengikut Al Arqam tetap percaya beliau akan menduduki kerusi Perdana Menteri.
Mimpi Anwar dan Abuya mungkin sama. Walaupun semua, kecuali pengikut-pengikut taksub mereka, tidak nampak bagaimana impian itu akan dicapai.
Cuma impian Anwar ada harapannya apabila memenangi kerusi Permatang Pauh. Apa-apa pun masa sahaja akan menentukan. Yang pasti Anwar akan menjadi ketua pembangkang dan parlimen akan lebih “gamat” dari biasa.
Impian Anwar dan Abuya masih lagi tinggal dalam mimpi. Yang pasti Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Najib Tun Razak. Impian orang lain hanya tinggal dalam mimpi.
Biarkanlah si Luncai terjun dengan labu-labunya...Biarkanlah Mat Jenin berangan sampai jatuh pokok kelapa ! Lepas 16 September kalau tak jadi kenyataan, kita pakat gelakkan dia macam gaya P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar gelak kat 'orang tua' yang sebut..."Oooo itu saya tahu, itu namanya huruf M..." dalam kelas dewasa tu ! Kha ! Kha ! Kha !
butoh lah umno