8/10/08 - 8/17/08 8/17/08 - 8/24/08 8/24/08 - 8/31/08 8/31/08 - 9/7/08 9/7/08 - 9/14/08 9/14/08 - 9/21/08 9/21/08 - 9/28/08





YANG MANA SATU

TAK HABIS LAGI CERITA 16 SEPT -- LU PIKIRLAH SENDIRI

BENAR ATAU TIDAK

ZAID IBRAHIM DIJEMPUT SERTAI PAKATAN RAKYAT

LAGU TIGA KUPANG

BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

WARTAWAN KANAN SIN CHEW DAILY DIBEBASKAN

TERESA KOK, TAN HOON CHENG DAN RPK DITAHAN BAWAH ISA

GUAN ENG LAGI

DAP MEMPERALATKAN PAS?



My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
BENAR ATAU TIDAK
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Taib, menafikan ada tekanan dari ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi, untuk Presiden UMNO Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan tampuk pimpinan parti dan negara kepada timbalannya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dengan kadar segera.

Kenyataannya itu dilaporkan oleh Bernama.

Semalam beberapa laman web serta media utama melaporkan beberapa ahli MKT telah meminta Abdullah menyegerakan pelan penyerahan kuasa supaya ia tidak lagi memburukkan keadaan di dalam parti dan negara.

Bagaimanapun Muhamad Taib menafikan laporan-laporan berkenaan.

Sekarang siapa yang harus dipercayai, Ketua Penerangan UMNO itu ataupun laporan media.

Jika laporan media salah, tentulah tindakan harus diambil terhadap media dan laman web berkenaan kerana memberikan gambaran palsu. Bagaimanapun jika ianya benar mengapa harus diputarbelitkan kenyataan.

Pemimpin UMNO mesti terima kenyataan bahawa selepas PRU 12 Mac lepas, keadaan geografi politik Malaysia sudah berbeza. Keterbukaan dan ketelusan yang dilaksanakan oleh Abdullah menjadikan rakyat lebih kritis dan berani bertanya.

Jika ini sikap pemimpin UMNO pasti, parti ini akan "ketinggalan zaman" kerana menidakkan kenyataan. UMNO mesti berubah mengikut peredaran zaman. Kita akui semangat kebangsaannya serta keutamaan menobatkan bangsa, mesti kekal tetapi pendekatan harus berbeza.

Iyakan yang benar dan tidakkan yang salah. Baru UMNO kembali hebat seperti dahulu.
<$BlogDateHeaderDate$>
ZAID IBRAHIM DIJEMPUT SERTAI PAKATAN RAKYAT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim telah dijemput untuk sertai Pakatan Rakyat. Undangan itu dibuat oleh "peminat nombor satu" beliau Teressa Kok.

Pada sidang akhbar yang meraikan pembebasan ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor itu yang dianjurkan oleh DAP, Teressa mengucapkan terima kasih kepada Zaid kerana menentang penangkapannya di bawah ISA.

Dalam laporan Malaysiakini, Teressa dilaporkan berkata : "Zaid is really my friend! Thanks Zaid and you are welcomed to join Pakatan Rakyat anytime." (Zaid adalah kawan saya yang sebenar. terima kasih Zain dan anda dialu-alukan untuk menyertai Pakatan Rakyat bila-bila masa).

Sebelum ini, Zaid meletakan jawatan kerana beberapa sebab termasuk gagal membawa reformasi dalam sistem perundangan dan tidak bersetuju dengan penggunaan ISA terhadap tiga individu, Teressa, Raja Petra dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Walaupun begitu beliau telah menolak kemungkinan untuk menyertai pakatan pembangkang sebelum ini.
<$BlogDateHeaderDate$>
LAGU TIGA KUPANG
Lagi tiga kupang
Saku penuh padi
BN tidak tumbang
Mana janji-janji

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Pakatan sudah sesak
Asyik tipu saja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Pembangkang sudah lemah
Jadi kura-kura

Suri dalam dapur
Makan roti gula
Penyokong kena kapor
Macam orang gila

(nyanyi ikut rentak Lagu Tiga Kupang)
<$BlogDateHeaderDate$>
BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA
Akhirnya terbukti, 16 Sept datang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal memenuhi janjinya. Hari ini, Barisan Nasional masih jadi kerajaan.

Selama enam bulan kita mendengar amaran-amaran retorik yang pada hari ini Pakatan Rakyat akan memerintah dan beberapa ahli Parlimen Barisan akan "melompat" bagi membentuk kerajaan baru.

Bagaimanapun hari yang dijanjikan itu tidak menukar kerajaan.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi masih Perdana Menteri, dan Anwar "wira" yang kononnya akan dinobatkan menggantikan beliau, masih lagi ketua pembangkang.

Tanda-tanda lompatan tidak nampak, tetapi PKR terus mengulangi hikayat putar-alamnya, pemerintahan negara akan berubah. Kini, kononnya bagi melaksanakan perpindahan kuasa secara lancar, Anwar mahu berbincang dengan Abdullah.

Bercakap kepada khalayak di perhimpunan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang itu, beliau berkata sudah ada ahli Parlimen Barisan yang akan menyertainya. Beliau terus berjanji seperti lagu "Janji Manismu".

Rakyat kebingungan, penyokong-penyokong Anwar terus terbuai dengan omong-omong kosong. Yakin kepada janji bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.