My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
WARTAWAN KANAN SIN CHEW DAILY DIBEBASKAN

Wartawan Sin Chew Dibebaskan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kira-kira pukul 2.30 petang.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengesahkan pembebasan wartawan wanita berusia 33 tahun itu pada satu sidang akhbar di Bukit Aman.

Tan ditahan di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam tadi.

Syed Hamid berkata penahanan Tan adalah sebahagian daripada tindakan segera polis bagi menjamin keselamatannya selepas beliau menerima panggilan ugutan.

Beliau berkata risikan polis mendapati nyawa wartawan itu terancam selepas beliau membuat laporan berita yang memetik kenyataan kontroversi bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang berbau perkauman pada satu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh bulan lepas sehingga menimbulkan polemik politik di negara ini.
2 Comments:

Dol,
ISA tu kan tempat kominis @ penganas,
ni alih-alih boleh tukaq jadi tempat
nak jaga keselatan orang lak..???
Lu Pikirlah Sendiri...

September 22, 2008 at 8:44 PM  

Kata-kata yang menjurus kearah polemik tidak perlu disiarkan untuk tatapan.Saya rasa wartawan perlu peka dalam hal ini

October 6, 2008 at 1:36 AM  

Post a Comment

<< Home