8/10/08 - 8/17/08 8/17/08 - 8/24/08 8/24/08 - 8/31/08 8/31/08 - 9/7/08 9/7/08 - 9/14/08 9/14/08 - 9/21/08 9/21/08 - 9/28/08





YANG MANA SATU

TAK HABIS LAGI CERITA 16 SEPT -- LU PIKIRLAH SENDIRI

BENAR ATAU TIDAK

ZAID IBRAHIM DIJEMPUT SERTAI PAKATAN RAKYAT

LAGU TIGA KUPANG

BIARKAN SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

WARTAWAN KANAN SIN CHEW DAILY DIBEBASKAN

TERESA KOK, TAN HOON CHENG DAN RPK DITAHAN BAWAH ISA

GUAN ENG LAGI

DAP MEMPERALATKAN PAS?



My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
PKR dan duit-duitnya

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkempen untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh, beliau merayu kepada penyokong-penyokongnya untuk menghulurkan derma bagi menampung perbelanjaan kempen.

Agaknya hari ini duit kutipan tu dah berjuta-juta ringgit, berdasarkan perbelanjaan untuk poster-poster, billboards dan belon besar-berlampu yang berterbangan di sekitar kawasan parlimen Permatang Pauh.

PKR berbelanja besar. Bak kata seorang bekas pemimpin PKR yang kini bersikap neutral, dulu masa pilihanraya 1999, mereka terpaksa keluar duit sendiri untuk membayar cengkeram pilihanraya. Poster pun cetak sendiri dan sepuluh sen pun tak dapat dari parti.

Di Permatang Pauh, lain ceritanya. Ini bukan PKR 1999, ini PKR alaf 2000.

Parti itu beroperasi dari Yayasan Aman, di Penanti, sebuah bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan bilik media, pejabat operasi dan sebagainya.

Belum lagi poster, billboards dan peralatan lain sebagai alat kempen. Soalnya mana Anwar dan konco-konconya dapat duit sebanyak ini.

Ini bukan perbelanjaan parti marhein, imej yang digambarkan oleh Anwar. Ertinya PKR samalah seperti UMNO. Kalau Pakatan Rakyat kata Barisan Nasional korup, mereka pun lagi korup sebab baru lima bulan memerintah lima negeri sudah berbelanja lebih dari BN.

Agaknya dua exco di Perak, yang ditangkap oleh BPR baru-baru ini, kumpul wang untuk disalurkan ke Permatang Pauh.

Atau pun ada sumber wang luar negara yang membantu "membeli" Permatang Pauh untuk Pak Sheikh.
Jangan lupa, seorang anak Permatang Pauh yang "berjaya", bernama Sdra Rahim Ghouse, kini bergelar CEO Kuwait Finance House di Melbourne. Ikut sejarahnya Rahim ini orang "kesayangan" Anwar Ibrahim. Sampai sekarang kasih sayang tak putus.

Apa-apa pun jangan dok berlakon takdak duit padahal belanja macam jutawan getah sekerap. Itu pun nak kelentong ka?
<$BlogDateHeaderDate$>
Kuasa bukanlah habuan . . . tetapi adalah cobaaaannn
Bila dah berkuasa “cobaan” akan datang melanda. Dua exco Kerajaan Negeri Perak mungkin tidak tahan dengan “cobaan” dan akhirnya ditahan reman kerana dikatakan menerima RM105,000 untuk satu projek perumahan.

Baru lima bulan memerintah pemimpin PKR dah tidak tahan menahan godaan. Belum lagi lima tahun atau lima penggal.

Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin bila mengulas mengatakan bahawa beliau sudah ingatkan exco-exconya supaya mengamalkan Kerajaan Bersih. Tapi ini bukan kerajaan bersih, Ini mem“bersih”kan “harta” kerajaan dan rakyat.

Dalam usaha mempertahankan imej kerajaan negeri pimpinannya, beliau berkata “mereka tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah”.

Bunyi pemimpin PAS ini tak macam selalu bila memberi komen tentang pemimpin Barisan Nasional.

Jangan nanti bila mahkamah kata salah, mereka ini menuduh mahkamah berat sebelah. Yang pastinya macam kata Datuk Sri Hishamuddin Hussein PKR akan kata langkah menahan dua exco ini akan digunakan oleh parti itu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.
<$BlogDateHeaderDate$>
Gus Dur oooooooh Gus Dur

Bila mantan presiden Indonesia Abdul Rahman Wahid menyokong Anwar Ibrahim, tiada seorang pun terkejut.
Gus Dur ini rabun dan kurang nampak.
Dia tak nampak siapa Anwar sebenarnya sejak "terbuang" dari UMNO; seorang pemimpin yang akan mengHALALkan apa-apa pun cara demi mencapai matlamatnya.

Gus Dur perlu keluar dari kepompong dan ketaksubannya. Tidak perlu bercakap berasaskan emosi tetapi menyokong berasaskan realiti.

Ada beberapa soalan yang Anwar perlu jawap (kita ketepikan soal liwat kerana terlalu banyak diperkatakan dan ini soal peribadi Anwar).

1. Mengapa perlu buka UiTM kepada bukan Melayu. UiTM adalah “hak” orang Melayu dan mengapa menyokong pandangan yang “mengurangkan” lagi hak bangsa?

2. Mengapa menyokong Hindraf kerana ternyata pertubuhan ini mempersoalkan kedudukan Islam serta bangsa?

3. Mengapa menggalakkan Bar Council mengadakan satu seminar yang mempersoalkan kedudukan Islam, walaupun Anwar mendakwa dirinya seorang pejuang dan pemimpin Islam bertaraf internasional?

Tiga soalan ini perlu dijawab dengan rasional dan “berisi” bukan jawapan retorik yang sering dilaung-laungkan dalam ceramah propaganda gaya-Anwar Ibrahim.

Tak perlu jawab soalan lain jawab tiga soalan utama supaya menjelaskan kedudukan Anwar sebagai pemimpin Islam dan Melayu yang bertanggungjawab serta berwibawa, seperti masa-masa lalu.
<$BlogDateHeaderDate$>
PERMATANG PAUH : Jadi atau Mati buat Anwar
Kekalutan pilihanraya kecil Permatang Pauh bukan sahaja melanda Barisan Nasional tetapi juga cabaran besar bagi Anwar Ibrahim dan PKR-nya. Diselubungi pelbagai tuduhan termasuk meliwat pembantunya, Permatang Pauh adalah jalan liar untuk Anwar lari dari tuduhan itu.

Bagi Barisan Nasional, kekalutan utama dalam memilih calon telah selesai. Pemilihan Ariff Shah menyelesaikan kekusutan siapa yang akan diamanahkan menumbangkan "gergasi" besar. Sebagai satu-satunya calon Barisan Nasional yang berjaya menawan "kubu kuat" Anwar di Permatang Pauh, pemilihan beliau tidak dapat dipertikaikan.

Seperti kata seorang bekas orang kuat PKR, pilihanraya kecil ini adalah medan di mana Anwar melawan bebayang dirinya sendiri.

Anwar tahun-tahun 2000 bukan lagi Anwar Ibrahim yang menjadi idola anak-anak muda Melayu tahun-tahun 80an dan 90an. Beliau bukan lagi meletakkan keutamaan bangsa dan agama tetapi lebih memperjuangkan cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri selepas disingkirkan dari UMNO.

Anwar memerlukan kerusi Permatang Pauh untuk membuktikan pada dirinya sendiri beliau masih relevan dalam senario politik negara. Kekalahan Anwar akan membuktikan memang telah ditakdirkan kerusi Perdana Menteri bukan miliknya dan beliau perlu berundur.
Ini adalah medan Anwar, dan Permatang Pauh akan memastikan beliau menjadi atau mati dalam politik Malaysia. Cuma yang harus dikatakan ialah "adios Anwar" and que sera-sera.