<$BlogDateHeaderDate$>
WARTAWAN KANAN SIN CHEW DAILY DIBEBASKAN
<$BlogDateHeaderDate$>
TERESA KOK, TAN HOON CHENG DAN RPK DITAHAN BAWAH ISA
GUAN ENG LAGI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghentam lagi. Kali ini sasarannya ialah UTUSAN MALAYSIA. Dalam satu laporan, beliau kurang senang kerana surat tunjuk sebab dihantar ke akhbar theSun dan Sin Chew Daily, tetapi tidak kepada akhbar Utusan Malaysia. Beliau mendakwa Utusan Malaysia melaporkan fitnah dan penipuan tentang laporan mengenai Dasar Ekonomi Baru dan tindakan pemimpin DAP Teresa Kok terhadap laungan azan. Beliau juga dilaporkan berkata, Sin Chew Daily tidak salah melaporkan tentang kenyataan Dato' Ahmad Ismail, kerana UMNO sendiri telah mengambil tindakan terhadap Ketua UMNO Bukit Bendera itu. Nampaknya akhir-akhir ini Guan Eng semakin berani bersuara mempersoalkan tentang orang Melayu dan akhbar Melayu. Mula-mula dia mempersoalkan tentang tindakan UMNO terhadap Ahmad Ismail kemudian meminta tindakan diambil terhadap 13 Ketua Bahagian di Pulau Pinang yang menyokong kenyataan pemimpin UMNO yang digantung itu. Apa yang kita mahu lihat ialah pemimpin Melayu yang berani ke hadapan mempertahankan hak UTUSAN MALAYSIA dan orang Melayu. Harap-harap yang ke hadapan dan mempertahankan itu tidak menghadapi nasib serupa dengan Ahmad. |
<$BlogDateHeaderDate$>
DAP MEMPERALATKAN PAS?
16 SEPT TUNDA KE 20 SEPT
RAMADHAN, MERCUN DAN MELAYU
Seperti yang dijangkakan. Setiap kali bulan Ramadhan, terjadilah “kecederaan” akibat mercun, baik buat sendiri atau yang dibeli secara haram. Yang menghairankan ialah kejadian sebegini tidak berlaku pada masa perayaan Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan lain-lain lagi. Ianya hanya terjadi apabila orang Melayu menyambut perayaan. Di Kuala Terengganu dua kanak-kanak berumur lapan tahun dan 10 tahun terpaksa dirawat kerana kecederaan apabila bermain mercun dalam dua kejadian berasingan. Soalnya mengapa orang Melayu amat berminat dengan mercun? Mercun bukanlah sebahagian daripada budaya Melayu. Mengikut sejarahnya, mercun adalah sebahagian daripada budaya orang-orang Cina. Ia dikatakan dicipta oleh seorang sami bernama Li Tian dari Hunan. Bagi menghormati Li Tian, orang-orang China pada zaman Dinasti Song akan membakar bunga api dan mercun sebagai persembahan kepada Li Tian, malah sebuah tokong telah dibina bagi memperingatinya. Masyarakat Cina juga percaya bahawa mercun akan menghalau roh-roh jahat yang takut kepada bunyi-bunyi yang kuat. Apa yang menyedihkan ialah keghairahan masyarakat Islam, dari kanak-kanak sehingga orang dewasa, bermain mercun dan bunga api dalam bulan yang mulia ini. Ia sebenarnya bertentangan dengan semangat RAMADHAN itu sendiri. Pelbagai amaran telah dikeluarkan tetapi nampaknya segala nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. |