My Photo
Name:
Location: Malaysia

Hanturaya sejenis spesis yang taat pada tuannya, kalau ia bertuan. Spesis ini, kalau takder tuan akan mengganas dan amat nakal sifatnya. Yang paling bahaya kalau hanturaya-tiada-bertuan yang merayau-rayau takder pekerjaan.

































<$BlogDateHeaderDate$>
TAK HABIS LAGI CERITA 16 SEPT -- LU PIKIRLAH SENDIRI
Cerita ini diulang-ulang lagi. Walaupun sudah sah dan sahih, Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan pintu belakangnya pada 16 Sept seperti yang diuar-uarkan pada setiap rakyat Malaysia.

Semalam Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi cerita ini lagi. Beliau dilaporkan oleh BERNAMA sebagai berkata sukar bagi Anwar untuk membentuk kerajaan kerana percanggahan ideologi antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertentangan pendapat ini amat jelas sekali.

DAP mahukan negara sekular yang memegang polisi Malaysian Malaysia, PAS mahukan negara Islam, dan PKR -- semua orang tahu hanya ada satu cita-cita sahaja iaitu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketiga-tiga parti ini tidur satu tilam, tetapi berlainan mimpi.

PAS pasti mahukan Hadi Awang jadi Perdana Menteri dan melaksanakan hukum Islam dan merubah negara ini menjadi negara Islam-ala-PAS.

Manakala DAP pula mahu membentuk sebuah Malaysia yang sekular, dan mahukan jawatan timbalan Perdana Menteri. Soalnya bolehkah PKR menerima Hadi sebagai PM sedangkan penubuhan parti itu berlandaskan cita-cita asasnya iaitu menjadikan Anwar sebagai PM?

Bolehkah PAS terima Malaysia menjadi negara sekular seperti yang ditetapkan oleh DAP, atau mahukah DAP menyokong PAS untuk menjadikan negara ini sebagai negara Islam?

Macamana nak tubuh kerajaan jika konsep asas pembentukannya sendiri carca-marba macam rojak.

Jika dilihat sejak dari awal penubuhan Pakatan Rakyat itu sendiri soal, asas ini tidak pernah disentuh dan diterangkan secara satu suara.

PAS mendefinisikan kerajaan Pakatan Rakyat menurut kehendaknya, begitu juga DAP yang memberikan definisi menurut ketentuan parti itu sendiri.

PKR pula bermuka-muka. Dengan PAS cakap lain dan dengan DAP cakap lain. Yang pening rakyat dan yang terus asyik-masyhul bermimpi menjadi kerajaan ialah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Memetik kata Raja Lawak Astro, Nabil, "Lu pikirlah sendiri."
1 Comments:

Tiga parti; PKR, PAS & DAP,
Tiga haluan; PKR mau Anwar jadi PM, PAS mahu negara Islam dan Hadi jadi PM, DAP mahu negara sekular dan Kit SIang jadi PM,
Tiga cita-cita; semua mahu jadi PM
Satu sasaran; jatuhkan BN.

Jadi atau tidak??

September 22, 2008 at 2:56 AM  

Post a Comment

<< Home